Malaysia legislation
Section 123
Seksyen 123
(a)
apa-apa syer dalam syarikat itu; atau
(b)
dalam hal jika syarikat ialah suatu subsidiari, apa-apa syer dalam syarikat pemegangannya, atau mengikut apa-apa cara membeli, berurus niaga atau memberi pinjaman wang atas syernya sendiri.
(2)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, sesuatu syarikat tidak boleh memberikan bantuan kewangan secara langsung atau tidak langsung bagi maksud mengurangkan atau melepaskan liabiliti, jika—
(a)
seseorang telah memperoleh syer dalam syarikat itu atau syarikat pemegangannya; dan
(b)
liabiliti itu telah ditanggung oleh mana-mana orang bagi maksud pemerolehan syer.
(3)
Mana-mana pegawai syarikat yang melanggar subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan Mahkamah, yang dengannya orang itu disabitkan berpuas hati bahawa syarikat itu atau seorang yang lain telah menanggung kerugian atau kerosakan akibat pelanggaran yang menyebabkan kesalahan itu,
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mengenakan suatu penalti di bawah subseksyen (3), memerintahkan orang yang disabitkan itu membayar pampasan kepada syarikat itu atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa amaun yang boleh ditentukan oleh Mahkamah, dan perintah itu bolehlah dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang syarikat itu atau mana-mana orang daripada mendapatkan balik amaun bagi apa-apa pinjaman yang dibuat dengan melanggar seksyen ini atau apa-apa amaun yang baginya syarikat itu atau mana-mana orang itu bertanggungan sama ada atas apa-apa bantuan kewangan yang diberikan atau di bawah apa-apa jaminan yang dibuat atau berkenaan
Syarikat 161
dengan apa-apa cagaran yang disediakan yang berlanggaran dengan seksyen ini.
Akibat kegagalan mematuhi Subpenggal ini