Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Kecualian am
(a)
pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam perjalanan biasa perniagaannya jika pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada perniagaan biasa sesuatu syarikat;
(b)
peruntukan oleh sesuatu syarikat, mengikut apa-apa skim yang sedang berkuat kuasa, wang untuk membeli atau melanggan syer berbayar penuh dalam syarikat itu atau syarikat pemegangannya, iaitu pembelian atau langganan oleh pemegang amanah atau bagi syer yang akan dipegang oleh atau bagi faedah pekerja syarikat atau subsidiari syarikat, termasuklah mana-mana pengarah yang memegang suatu pekerjaan atau jawatan bergaji dalam syarikat atau subsidiari itu;
(c)
pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada seseorang, selain pengarah, bona fide dalam penggajian syarikat atau subsidiari syarikat dengan tujuan untuk membolehkan orang itu membeli syer berbayar penuh dalam syarikat itu atau syarikat pemegangannya untuk dipegang oleh orang itu secara pemunyaan benefisial; atau
(d)
pembuatan sesuatu pinjaman atau pemberian sesuatu jaminan atau penyediaan sesuatu cagaran berkaitan dengan satu atau
162 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
lebih pinjaman yang dibuat oleh seorang atau lebih daripada seorang yang lain oleh syarikat dalam perjalanan biasa perniagaannya jika aktiviti syarikat itu dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perbankan, insurans atau takaful atau yang tertakluk pada pengawasan Suruhanjaya Sekuriti dan jika—
(i)
pemberian pinjaman wang atau pemberian jaminan atau penyediaan cagaran itu berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh orang lain, dilakukan dalam urusan aktiviti itu; dan
(ii)
pinjaman yang dibuat oleh syarikat itu, atau, jika jaminan diberikan atau cagaran disediakan berkenaan dengan sesuatu pinjaman, pinjaman itu dibuat mengikut terma perdagangan biasa mengenai kadar faedah atau pulangan, terma pembayaran balik jumlah pokok dan pembayaran faedah atau pulangan.
Bantuan kewangan yang tidak melebihi sepuluh peratus dana pemegang syer