Malaysia legislation

Section 126

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 126

(2)

Suatu syarikat boleh, melalui suatu ketetapan khas, memberikan bantuan kewangan bagi maksud pemerolehan syer dalam syarikat atau syarikat pemegangannya atau bagi maksud mengurangkan atau melepaskan liabiliti yang ditanggung atas pemerolehan itu jika—

(a)

pengarah membuat ketetapan, sebelum bantuan itu diberikan, bahawa—

(i)

syarikat boleh memberikan bantuan itu;

(ii)

pemberian bantuan itu adalah demi kepentingan syarikat; dan

Syarikat 163

(iii)

terma dan syarat yang di bawahnya bantuan itu hendak diberikan adalah adil dan munasabah kepada syarikat;

(b)

pada hari yang sama pengarah meluluskan ketetapan itu, pengarah-pengarah yang mengundi dengan memihak kepada ketetapan itu membuat suatu pernyataan kesolvenan yang mematuhi peruntukan berhubung dengan pemberian bantuan itu;

(c)

agregat amaun bantuan dan apa-apa bantuan kewangan lain yang diberikan di bawah seksyen ini yang tidak dibayar balik tidak melebihi sepuluh peratus agregat amaun yang diterima oleh syarikat berkenaan dengan pengeluaran syer dan rizab syarikat, sebagaimana yang agregat amaun itu dizahirkan dalam penyata kewangan teraudit yang terkini syarikat;

(d)

syarikat itu menerima nilai saksama berkaitan dengan pemberian bantuan itu; dan

(e)

bantuan itu diberikan selama tidak lebih daripada dua belas bulan selepas hari pernyataan kesolvenan itu dibuat di bawah perenggan (b).

(3)

Ketetapan oleh pengarah di bawah perenggan (2)(a) hendaklah menyatakan alasan penuh bagi keputusan pengarah yang dibuat di bawah perenggan itu.

(4)

Sebutan dalam perenggan (2)(c) mengenai apa-apa bantuan kewangan lain yang diberikan di bawah seksyen ini yang tidak dibayar balik termasuk amaun apa-apa bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk jaminan atau cagaran yang baginya syarikat itu terus bertanggungan pada masa bantuan kewangan yang berkenaan diberikan.

(5)

Dalam masa empat belas hari selepas memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen ini, syarikat itu hendaklah menghantar kepada setiap anggota syarikat itu suatu salinan pernyataan kesolvenan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) dan suatu notis yang mengandungi maklumat yang berikut:

164 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

kelas dan bilangan syer yang berkenaan dengannya bantuan itu diberikan;

(b)

balasan yang dibayar atau kena dibayar bagi syer itu;

(c)

nama orang yang menerima bantuan itu dan, jika seorang yang lain, nama pemunya benefisial syer itu;

(d)

jenis, terma dan, jika boleh ditentukan nilainya, amaun bantuan itu.

(6)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pembelian oleh syarikat atas syernya sendiri, dsb.

Section 126 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my