Malaysia legislation
Section 127
Seksyen 127
(2)
Suatu syarikat tidak boleh membeli syernya sendiri melainkan jika—
(a)
syarikat itu adalah solven pada tarikh pembelian itu dan tidak akan menjadi tidak solven dengan menanggung hutang yang terdapat dalam obligasi untuk membayar syer yang dibeli sedemikian;
(b)
pembelian itu dibuat melalui bursa saham yang padanya syer syarikat disebut harga dan dengan mengikut kaedahkaedah yang berkaitan bagi bursa saham; dan
(c)
pembelian itu dibuat dengan suci hati dan demi kepentingan syarikat.
Syarikat 165
(3)
Walau apa pun perenggan (2)(b), suatu syarikat boleh membeli syernya sendiri selain melalui suatu bursa saham jika pembelian itu—
(a)
dibenarkan di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bursa saham; dan
(b)
dibuat dengan mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh bursa saham.
(4)
Jika suatu syarikat telah membeli syernya sendiri, pengarah syarikat boleh membuat ketetapan—
(a)
untuk membatalkan syer yang dibeli sedemikian;
(b)
untuk memegang simpan syer yang dibeli sedemikian dalam perbendaharaan yang disebut sebagai “syer perbendaharaan”
dalam Akta ini; atau
(c)
untuk memegang simpan sebahagian daripada syer yang dibeli sedemikian sebagai syer perbendaharaan dan membatalkan syer yang selebihnya.
(5)
Syer yang dibeli oleh sesuatu syarikat di bawah seksyen ini, melainkan jika dipegang dalam perbendaharaan, hendaklah disifatkan dibatalkan sebaik selepas pembelian itu.
(6)
Jika syer dipegang sebagai syer perbendaharaan, syarikat hendaklah memegang syer itu dalam akaun sekuriti mengikut kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bursa saham atau depositori pusat sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 146, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7)
Jika syer itu dipegang sebagai syer perbendaharaan, pengarah syarikat boleh—
(a)
membahagikan syer itu sebagai dividen kepada pemegang syer, dividen itu hendaklah dikenali sebagai
“dividen syer”;
166 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(b)
menjual semula syer itu atau mana-mana bahagian daripada syer itu mengikut kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bursa saham;
(c)
memindah milik syer itu, atau mana-mana bahagian daripada syer itu bagi maksud atau di bawah suatu skim syer pekerja;
(d)
memindah milik syer itu, atau mana-mana bahagian daripada syer itu sebagai balasan pembelian;
(e)
membatalkan syer itu atau mana-mana bahagian daripada syer itu; atau
(f)
menjual, memindah milik atau selainnya menggunakan syer itu bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah.
(8)
Pemegang syer perbendaharaan yang dipegang di bawah subseksyen (5) tidak boleh memberikan—
(a)
hak untuk hadir atau mengundi pada mesyuarat dan apa-apa yang berupa sebagai penjalanan hak sedemikian adalah tidak sah; dan
(b)
hak untuk menerima dividen atau pengagihan lain, sama ada dalam bentuk wang tunai atau selainnya, bagi aset syarikat termasuklah apa-apa pembahagian aset apabila syarikat digulungkan.
(9)
Apabila syer dipegang sebagai syer perbendaharaan, syer perbendaharaan itu tidak boleh diambil kira dalam menghitung bilangan atau peratusan syer atau bagi suatu kelas syer dalam syarikat bagi apa-apa maksud termasuklah, tanpa mengehadkan keluasan peruntukan ini, peruntukan mana-mana undang-undang atau kehendak perlembagaan syarikat atau kehendak penyenaraian suatu bursa saham mengenai pemegangan syer substansial, pengambilalihan, notis, permintaan mesyuarat, kuorum bagi mesyuarat dan keputusan undi pada suatu ketetapan dalam mesyuarat.
Syarikat 167
(10)
Jika pengarah memutuskan untuk mengagihkan syer perbendaharaan sebagai dividen syer, kos syer atas pembelian asal itu hendaklah digunakan dalam pengurangan dana yang selainnya tersedia bagi pengagihan sebagai dividen.
(11)
Seksyen ini tidak dianggap sebagai menghalang—
(a)
suatu pengumpukan syer sebagai syer bonus berbayar penuh berkenaan dengan syer perbendaharaan; atau
(b)
pecah bahagian mana-mana syer perbendaharaan kepada syer perbendaharaan yang lebih besar bilangannya, atau penyatuan mana-mana syer perbendaharaan kepada syer perbendaharaan yang lebih kecil bilangannya.
(12)
Dalam hal keadaan yang subseksyen (2) terpakai, mana-mana syer yang diumpukkan sebagai syer bonus berbayar penuh berkenaan dengan syer perbendaharaan hendaklah, bagi maksud Akta ini, dianggap seolah-olah syer itu telah dibeli oleh syarikat itu pada masa syer itu diumpukkan.
(13)
Jika pengarah membuat ketetapan untuk membatalkan syer yang dibeli sedemikian atau membatalkan mana-mana syer perbendaharaan, kos syer itu hendaklah digunakan dalam pengurangan keuntungan yang selainnya tersedia bagi pengagihan sebagai dividen.
(14)
Jika pengarah membuat ketetapan untuk membatalkan syer yang dibeli sedemikian, atau membatalkan mana-mana syer perbendaharaan, modal keluaran syarikat hendaklah disusutkan oleh syer yang dibatalkan sedemikian.
(15)
Pembatalan syer yang dibuat di bawah perenggan (4)(a) atau perenggan (7)(e) tidak boleh disifatkan sebagai pengurangan modal syer mengikut pengertian Akta ini.
(16)
Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar dan bursa saham suatu notis bagi pembelian syer mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar dalam masa empat belas hari dari pembelian syer itu.
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(17)
Syarikat, tiap-tiap pegawai dan mana-mana orang lain atau individu yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(18)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (16) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Opsyen untuk mengambil syer tidak dikeluarkan