Malaysia legislation
Section 129
Seksyen 129
(2)
Syarikat hendaklah, dalam masa empat belas hari dari pemberian suatu opsyen untuk membeli syer yang tidak dikeluarkan dalam syarikat itu, mencatatkan ke dalam daftar butir-butir yang berikut:
(a)
nama, alamat dan nombor kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, atau nombor
Syarikat 169
pasport atau nombor pengenalan lain dan kewarganegaraan pemegang opsyen;
(b)
tarikh opsyen itu diberikan;
(c)
nombor dan perihalan syer yang berkenaan dengannya opsyen itu diberikan;
(d)
tempoh yang dalamnya, masa yang padanya atau keadaan apabila berlakunya opsyen itu boleh dilaksanakan;
(e)
balasan, jika ada, bagi pemberian opsyen itu;
(f)
balasan, jika ada, bagi pelaksanaan opsyen itu atau cara yang balasan itu akan ditentusahkan atau ditentukan; dan
(g)
apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar.
(3)
Seksyen 50 hingga 55 hendaklah terpakai bagi suatu daftar yang disimpan di bawah seksyen ini seolah-olah daftar itu ialah daftar anggota.
(4)
Syarikat itu hendaklah menyenggara salinan tiap-tiap surat cara yang dengannya opsyen untuk mengambil syer dalam syarikat itu diberikan di tempat yang daftar di bawah seksyen ini disimpan dan rekod itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar.
(5)
Hak berkenaan dengan opsyen itu tidak terjejas oleh kegagalan syarikat untuk mematuhi seksyen ini.
(6)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Kuasa syarikat untuk membayar faedah daripada modal dalam hal tertentu