Malaysia legislation

Section 132

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 132

(2)

Pengarah boleh membenarkan suatu pengagihan dibuat pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati sesuai oleh pengarah, jika pengarah berpuas hati bahawa syarikat itu akan menjadi solven sebaik selepas pengagihan dibuat.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, syarikat dianggap sebagai solven jika syarikat itu berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa dua belas bulan selepas pengagihan dibuat.

(4)

Jika, selepas pengagihan dibenarkan dan sebelum ia dibuat, pengarah tidak berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa syarikat itu akan menjadi solven sebaik selepas pengagihan dibuat, pengarah itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk menghalang pengagihan itu daripada dibuat.

172 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(5)

Tanpa menjejaskan apa-apa liabiliti lain, tiap-tiap pengarah atau pegawai syarikat itu yang dengan sengaja membayar atau mengizinkan supaya dibayar atau memberi kuasa pembayaran apa-apa pengagihan yang tidak wajar atau menyalahi undang-undang boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Mendapatkan balik pengagihan