Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
(a)
telah menerima pengagihan itu dengan suci hati; dan
(b)
tidak mengetahui bahawa syarikat itu tidak memenuhi ujian kesolvenan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 132(3).
(2)
Tiap-tiap pengarah atau pengurus suatu syarikat yang dengan sengaja membayar atau mengizinkan supaya dibayar apa-apa dividen yang melanggar seksyen 131 atau 132, yang dia tahu bukan daripada keuntungan hendaklah juga bertanggungan kepada syarikat setakat lebihan amaun nilai apa-apa pengagihan dividen yang telah dibuat dengan sepatutnya.
(3)
Jika keseluruhan amaun itu didapatkan daripada seorang pengarah atau pengurus, pengarah atau pengurus itu boleh mendapatkan balik sumbangan terhadap mana-mana orang lain yang bertanggungan yang telah mengarahkan atau bersetuju dengan pembayaran itu.
(4)
Liabiliti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada wasinya, pentadbir harta pusakanya atau mana-mana orang selepas kematiannya.
Syarikat 173
Subpenggal 7
Pemegangan Syer Substansial
Pemakaian dan tafsiran