Malaysia legislation

Section 134

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 134

(2)

Dalam Subpenggal ini, sebutan mengenai suatu syarikat ialah sebutan mengenai—

(a)

suatu syarikat yang syernya atau mana-mana syernya disebut di bursa saham;

(b)

suatu syarikat awam yang syernya tidak disebut di bursa saham;

(c)

suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di

Malaysia, yang diisytiharkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai suatu syarikat bagi maksud Subpenggal ini; atau

(d)

suatu badan, yang bukan pertubuhan perbadanan yang dibentuk di Malaysia, yang pada masa ini diisytiharkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai suatu syarikat bagi maksud Subpenggal ini.

(3)

Menteri boleh mengubah atau membatalkan sesuatu pemberitahuan yang disiarkan di bawah subseksyen (2) melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Berhubung dengan suatu syarikat, keseluruhan atau suatu bahagian daripada modal syer yang terdiri daripada saham, suatu kepentingan bagi seseorang dalam mana-mana saham itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kepentingan dalam syer keluaran dalam syarikat itu yang mempunyai amaun yang sama dengan amaun saham itu dan padanya terikat hak yang sama dengan hak yang terikat pada saham itu.

174 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(5)

Sebutan mengenai takrif “syer mengundi” bagi pertubuhan perbadanan dalam subseksyen 2(1) termasuk sebutan mengenai suatu badan yang disebut dalam perenggan (2)(d).

Orang yang berkewajipan untuk mematuhi Subpenggal

Section 134 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my