Malaysia legislation

Section 137

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 137

(2)

Notis itu hendaklah—

(a)

mengandungi nama, kewarganegaraan, alamat dan butir-butir penuh tentang syer mengundi yang pemegang syer substansial itu mempunyai suatu kepentingan; dan

(b)

termasuk, melainkan jika kepentingan itu tidak boleh dikaitkan dengan suatu syer tertentu—

(i)

nama orang yang didaftarkan sebagai pemegang syer;

dan

(ii)

butir-butir penuh dan hal keadaan yang menyebabkan pemegang syer substansial itu mempunyai kepentingan.

(3)

Pemegang syer substansial hendaklah memberikan notis yang disebut dalam subseksyen (1) kepada syarikat—

(a)

dalam hal suatu syarikat yang syernya disebut harga di suatu bursa saham, dalam masa tiga hari selepas orang itu menjadi pemegang syer substansial; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, dalam masa lima hari selepas orang itu menjadi pemegang syer substansial.

176 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Notis hendaklah diberikan walaupun orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial sebelum habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (3).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.

Pemegang syer substansial hendaklah memberitahu syarikat tentang perubahan kepentingannya

Section 137 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my