Malaysia legislation
Section 142
Seksyen 142
Notis kepada bukan pemastautin
(a)
memberikan suatu notis kepada bukan pemastautin itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar; atau
(b)
jika orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kepentingan bukan pemastautin dalam syer itu merupakan suatu kepentingan yang dipegang oleh bukan pemastautin itu bagi seorang yang lain—
(i)
memberikan suatu notis kepada bukan pemastautin itu mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh
Pendaftar; dan
Syarikat 179
(ii)
mengarahkan bukan pemastautin itu untuk memberikan notis atau salinan notis itu kepada orang yang lain itu.
(2)
Notis hendaklah diberikan oleh orang itu dalam masa empat belas hari dari tarikh dia menjadi pemegang syer mengundi.
(3)
Dalam seksyen ini, “bukan pemastautin” ertinya seseorang yang tidak bermastautin di Malaysia atau suatu pertubuhan perbadanan yang tidak diperbadankan di Malaysia.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.
Pendaftar boleh melanjutkan masa bagi pemberian notis di bawah
Subpenggal ini