Malaysia legislation

Section 144

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 144

(a)

nama orang dengan mengikut susunan abjad yang daripadanya syarikat itu menerima suatu notis di bawah seksyen 137 dan maklumat yang diberikan dalam notis itu

180 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

bersetentangan dengan setiap nama yang dicatatkan dalam daftar itu; dan

(b)

maklumat yang diberikan dalam notis itu jika syarikat menerima suatu notis di bawah seksyen 138 atau 139.

(2)

Daftar itu hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu dan hendaklah dibuka bagi pemeriksaan oleh mana-mana anggota syarikat tanpa dikenakan bayaran dan oleh mana-mana orang lain apabila dibayar sepuluh ringgit bagi setiap pemeriksaan atau apa-apa jumlah yang lebih kurang sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat.

(3)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki syarikat untuk memberikan kepadanya salinan daftar atau mana-mana bahagian daftar dalam masa empat belas hari dari hari kehendak itu diterima oleh syarikat.

(4)

Suatu syarikat tidak boleh—

(a)

disifatkan bagi apa-apa maksud sebagai mempunyai pengetahuan tentang; atau

(b)

dimasukkan ke dalam siasatan mengenai, hak seseorang bagi atau berhubung dengan sesuatu syer dalam syarikat itu disebabkan oleh apa-apa perkara yang dilakukan di bawah

Subpenggal ini.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Mahkamah berkenaan dengan keingkaran pemegang syer substansial