Malaysia legislation

Section 145

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 145

(a)

suatu perintah yang menghalang pemegang syer substansial itu daripada melupuskan mana-mana kepentingan dalam syer dalam syarikat yang dia menjadi atau telah menjadi seorang pemegang syer substansial;

(b)

suatu perintah yang menghalang seseorang yang menjadi atau yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang syer yang disebut dalam perenggan (a) daripada melupuskan mana-mana kepentingan dalam syer;

(c)

suatu perintah yang menghalang penjalanan mana-mana hak mengundi atau hak lain yang terikat dengan mana-mana syer dalam syarikat yang dalamnya pemegang syer substansial itu mempunyai atau telah mempunyai suatu kepentingan;

(d)

suatu perintah yang mengarahkan syarikat supaya tidak membuat pembayaran, atau untuk menangguhkan daripada membuat pembayaran, apa-apa jumlah wang yang kena dibayar daripada syarikat itu berkenaan dengan mana-mana syer yang pemegang syer substansial itu mempunyai atau telah mempunyai suatu kepentingan;

(e)

suatu perintah yang mengarahkan penjualan semua atau mana-mana syer dalam syarikat yang pemegang syer substansial itu mempunyai atau telah mempunyai suatu kepentingan;

(f)

suatu perintah yang mengarahkan syarikat untuk tidak mendaftarkan pemindahmilikan atau pemindahan syer yang tertentu;

(g)

suatu perintah bahawa mana-mana penjalanan hak mengundi atau hak lain yang terikat dengan syer tertentu dalam syarikat yang pemegang syer substansial itu mempunyai atau telah mempunyai suatu kepentingan tidak diambil kira;

182 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(h)

bagi maksud memastikan pematuhan kepada mana-mana perintah lain yang dibuat di bawah seksyen ini, suatu perintah yang mengarahkan syarikat atau mana-mana orang lain untuk melakukan atau menghalang daripada melakukan perbuatan tertentu.

(2)

Suatu perintah di bawah seksyen ini boleh—

(a)

termasuk apa-apa peruntukan sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah; atau

(b)

jika perintah itu mengarahkan penjualan syer—

(i)

mengadakan peruntukan bahawa penjualan itu hendaklah dibuat pada bila-bila masa;

(ii)

tertakluk pada suatu syarat bahawa penjualan itu tidak boleh dibuat kepada seseorang yang, atau disebabkan penjualan itu, akan menjadi suatu pemegang syer substansial dalam syarikat; dan

(iii)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3)

Mahkamah boleh memerintahkan bahawa syer itu hendaklah terletak hak pada Pendaftar jika syer itu tidak dijual mengikut perintah

Mahkamah di bawah seksyen ini.

(4)

Sebelum membuat suatu perintah di bawah seksyen ini dan dalam memutuskan terma perintah itu, Mahkamah hendaklah memuaskan hatinya, setakat yang Mahkamah boleh semunasabahnya melakukan sedemikian, bahawa perintah itu tidak akan memudaratkan secara tidak adil mana-mana orang.

(5)

Mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah di bawah seksyen ini, selain perintah yang menghalang penjalanan hak mengundi, jika Mahkamah berpuas hati bahawa—

(a)

kegagalan pemegang syer substansial itu mematuhi kehendak yang disebut dalam subseksyen (1) disebabkan oleh

Syarikat 183

ketidaksengajaan atau kesilapan atau dia tidak menyedari tentang fakta atau kewujudan yang berkaitan; dan

(b)

kegagalan itu patut dimaafkan dalam segala hal keadaan.

(6)

Sebelum membuat suatu perintah di bawah seksyen ini,

Mahkamah boleh mengarahkan supaya suatu notis permohonan diberikan kepada mana-mana orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(7)

Mahkamah boleh menamatkan, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.

(8)

Seksyen 557 terpakai berhubung dengan sesuatu syer yang terletak hak pada Pendaftar di bawah seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan estet atau kepentingan dalam harta.

(9)

Subseksyen (10) tidak menyentuh kuasa Mahkamah berhubung dengan hukuman bagi penghinaan Mahkamah.

(10)

Seseorang yang melanggar suatu perintah di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Subpenggal 8

Sistem Depositori Pusat — Sistem Catatan Buku atau Tanpa

Skrip bagi Pemindahmilikan Sekuriti

Tafsiran