Malaysia legislation
Section 147
Seksyen 147
Pendeposit disifatkan sebagai anggota
(2)
Walau apa pun seksyen 101, semua hak, faedah, kuasa dan keistimewaan adalah tertakluk pada segala liabiliti, kewajipan dan obligasi berkenaan dengan, atau berbangkit daripada, sekuriti itu, sama ada yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini atau perlembagaan syarikat.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Subpenggal ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh obligasi syarikat untuk menyimpan—
(a)
suatu daftar anggotanya di bawah seksyen 50 dan 52;
Syarikat 185
(b)
suatu daftar pemegang debentur di bawah seksyen 60; dan
(c)
suatu daftar pemegang opsyen di bawah seksyen 129, dan untuk membuka daftar yang disebut dalam perenggan (a), (b)
dan (c) bagi pemeriksaan mengikut peruntukan Akta ini kecuali jika syarikat tidak berkewajipan untuk mencatatkan dalam daftar itu nama dan butir-butir pendeposit yang disifatkan sebagai pemegang syer, pemegang debentur atau pemegang opsyen.
(4)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, seseorang pendeposit tidak boleh dianggap sebagai anggota syarikat yang berhak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung dan untuk bercakap dan mengundi pada mesyuarat itu melainkan jika namanya terdapat pada rekod pendeposit pada tarikh yang tidak kurang daripada tiga hari pasaran sebelum mesyuarat agung itu.
(5)
Rekod pendeposit hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam rekod itu sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “hari pasaran” ertinya mana-mana hari antara hari Isnin dengan hari Jumaat yang bukan hari kelepasan pasaran bagi bursa saham atau hari kelepasan am.
Pemindahmilikan sekuriti melalui catatan buku