Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Sesuatu syarikat tidak boleh dibentuk bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
(3)
Permohonan bagi pemerbadanan di bawah seksyen ini hendaklah termasuk suatu pernyataan oleh tiap-tiap orang yang berhasrat untuk membentuk suatu syarikat yang mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
nama syarikat yang dicadangkan;
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(b)
status sama ada syarikat itu persendirian atau awam;
(c)
jenis perniagaan bagi syarikat yang dicadangkan;
(d)
alamat yang dicadangkan bagi pejabat berdaftar syarikat yang dicadangkan;
(e)
nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap orang yang menjadi anggota syarikat dan, jika mana-mana daripada orang itu ialah pertubuhan perbadanan, nama perbadanannya, tempat pemerbadanan, nombor pendaftaran dan pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan itu;
(f)
nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat kediaman utama tiap-tiap orang yang menjadi pengarah;
(g)
nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat kediaman utama setiausaha, jika ada;
(h)
dalam hal suatu syarikat berhad menurut syer, butir-butir mengenai kelas dan bilangan syer yang hendak diambil oleh anggota;
(i)
dalam hal suatu syarikat berhad menurut jaminan, amaun setakat yang anggota mengaku janji untuk menyumbang kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan; dan
(j)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(4)
Permohonan bagi pemerbadanan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan daripada setiap penganjur atau pengarah yang mengesahkan—
(a)
persetujuannya untuk bertindak sebagai penganjur atau bagi pelantikannya sebagai pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
bahawa dia bukan seorang yang dihilangkan kelayakan di bawah Akta ini untuk bertindak sebagai seorang penganjur atau pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Syarikat 61
Pendaftaran bagi pemerbadanan