Malaysia legislation

Section 154

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 154

(a)

prospektus itu telah terlebih dahulu didaftarkan oleh

Pendaftar; dan

(b)

prospektus itu telah mematuhi peruntukan Akta ini.

(2)

Prospektus yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh pengeluaran prospektus itu.

Syarikat 189

(3)

Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau mengagihkan apa-apa borang permohonan bagi syer atau debentur suatu perbadanan melainkan jika—

(a)

dia dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar; dan

(b)

borang itu disertakan dengan suatu salinan prospektus yang telah didaftarkan oleh Pendaftar.

(4)

Subsekyen (2) tidak terpakai bagi borang permohonan jika—

(a)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan syer atau debentur yang tidak ditawarkan kepada orang awam;

(b)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu; atau

(c)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan syer yang ditawarkan bagi pembelian atau langganan oleh pekerja suatu perbadanan atau perbadanan berkaitannya mengikut suatu skim yang diluluskan oleh Pendaftar.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Pendaftaran prospectus