Malaysia legislation

Section 158

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 158

(2)

Bagi maksud Penggal ini, mana-mana perbadanan yang menerima atau bersetuju untuk menerima daripada mana-mana orang apa-apa wang sebagai deposit atau pinjaman hendaklah disifatkan sebagai membuat suatu pelawaan kepada orang awam untuk mendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wang kepada perbadanan atau perbadanan dicadangkan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), suatu perbadanan tidak dikehendaki untuk mengeluarkan prospektus jika—

(a)

perbadanan itu bukan berada di bawah suatu liabiliti sama ada sekarang atau masa hadapan untuk membayar balik apa-apa wang yang diterima oleh perbadanan itu sebagai deposit atau pinjaman daripada lebih daripada sepuluh orang; atau

(b)

apa-apa wang yang diterima oleh perbadanan itu sebagai deposit atau pinjaman dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan.

(4)

Jika perbadanan telah menerima daripada mana-mana orang apa-apa wang sebagai deposit atau pinjaman menurut suatu pelawaan yang disebut dalam subseksyen (1), perbadanan itu hendaklah, dalam masa dua bulan selepas menerima wang itu, mengeluarkan kepada orang itu suatu dokumen yang—

Syarikat 193

(a)

mengakui atau membuktikan atau yang menjadi pengesahan keterhutangan perbadanan itu berkenaan dengan deposit atau pinjaman itu; dan

(b)

mematuhi kehendak lain seksyen ini.

(5)

Dokumen itu hendaklah diperihalkan atau disebut dalam prospektus itu dan dalam apa-apa dokumen lain, sama ada yang menjadi atau yang berhubungan dengan pelawaan dan dalam dokumen itu sendiri, sebagai suatu nota tidak bercagar atau nota deposit tidak bercagar melainkan jika dokumen itu adalah dan boleh selainnya diperihalkan di bawah subseksyen (6) atau (7).

(6)

Dokumen itu boleh diperihalkan atau disebut dalam prospektus itu atau dalam apa-apa dokumen lain atau dalam dokumen itu sendiri sebagai—

(a)

suatu debentur gadai janji atau perakuan saham debentur gadai janji melainkan jika dimasukkan ke dalam prospektus itu pernyataan dan penilaian yang disebut dalam Jadual

Pertama; atau

(b)

suatu debentur atau perakuan saham debentur melainkan jika—

(i)

dokumen itu mungkin, tetapi tidak, diperihalkan atau disebut dalam prospektus atau dalam dokumen itu sebagai debentur gadai janji atau perakuan saham debentur gadai janji di bawah perenggan (a); atau

(ii)

dimasukkan ke dalam prospektus itu pernyataan atau ringkasan yang disebut dalam Jadual Pertama.

(7)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu perbadanan ditetapkan dan tidak menghendaki suatu prospektus untuk dikeluarkan berkaitan dengan apa-apa pelawaan kepada orang awam bagi mendepositkan wang dengan suatu perbadanan ditetapkan.

(8)

Dalam seksyen ini, “perbadanan ditetapkan” ertinya—

194 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

suatu perbadanan perbankan; atau

(b)

suatu perbadanan atau perbadanan daripada suatu kelas yang, atas syor Bank Negara Malaysia, telah diisytiharkan oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan melalui notis yang disiarkan dalam Warta sebagai perbadanan ditetapkan bagi maksud seksyen ini.

(9)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh, melalui notis yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menyatakan terma dan syarat yang tertakluk pada subseksyen (7) yang hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan suatu perbadanan yang dinyatakan dalam perenggan (8)(b); atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa perisytiharan atau spesifikasi yang dibuat di bawah seksyen ini.

(10)

Bagi maksud seksyen ini, suatu dokumen yang dikeluarkan oleh perbadanan peminjam yang memperakui bahawa orang yang dinamakan dalam dokumen itu berkenaan dengan apa-apa deposit atau pinjaman kepada perbadanan, pemegang berdaftar bagi suatu bilangan atau nilai tertentu—

(a)

bagi nota tidak bercagar atau nota deposit tidak bercagar;

(b)

bagi debentur gadai janji atau saham debentur gadai janji;

atau

(c)

bagi debentur atau saham debentur, yang dikeluarkan oleh perbadanan itu mengikut dan tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung dalam surat ikatan amanah yang disebut atau dikenal pasti dalam perakuan itu, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai dokumen yang menjadi keterangan bagi keterhutangan perbadanan itu berkenaan dengan deposit atau pinjaman itu.

(11)

Perbadanan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

Syarikat 195

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Bentuk dan kandungan prospectus

Section 158 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my