Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Kesan pemerbadanan
(2)
Tiap-tiap orang yang namanya dinyatakan sebagai anggota dalam permohonan bagi pemerbadanan dan pada pemerbadanan syarikat itu hendaklah dicatatkan sebagai anggota dalam daftar anggota, berserta dengan mana-mana orang lain yang menjadi anggota syarikat dari semasa ke semasa, merupakan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang dinyatakan dalam notis pemerbadanan itu.
(3)
Dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, tiap-tiap orang yang namanya dinyatakan dalam permohonan bagi pemerbadanan itu menjadi pemegang syer sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu.
(4)
Butir-butir pejabat berdaftar syarikat adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam, atau berkaitan dengan, permohonan bagi pendaftaran itu.
(5)
Orang yang dinamakan dalam pernyataan itu sebagai seorang pengarah atau setiausaha, jika ada, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik bagi jawatan itu.
Notis pendaftaran sebagai keterangan muktamad