Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 22

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika subsidiari yang berkenaan ialah wakil diri atau pemegang amanah, melainkan jika syarikat pemegangan atau subsidiarinya berkepentingan secara benefisial di bawah amanah itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2) dan dalam menentukan jika sesuatu syarikat pemegangan atau sesuatu subsidiari berkepentingan sedemikian, apa-apa kepentingan yang dipegang melalui cagaran bagi maksud transaksi yang dibuat oleh syarikat pemegangan atau subsidiari itu dalam urusan biasa perniagaan yang termasuk peminjaman wang tidak diambil kira.

(4)

Seksyen ini tidak menghalang sesuatu subsidiari daripada terus menjadi anggota jika, semasa anggota itu menjadi subsidiari itu, anggota itu telahpun memegang syer dalam syarikat pemegangan.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), suatu subsidiari—

(a)

tidak mempunyai hak untuk mengundi pada mesyuarat syarikat pemegangan atau mana-mana kelas anggota syarikat pemegangan itu; dan

(b)

hendaklah, dalam hal suatu subsidiari yang disebut dalam subseksyen (4), melupuskan semua syernya dalam syarikat pemegangan dalam masa dua belas bulan selepas menjadi subsidiari atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(6)

Tertakluk pada subseksyen (2), subseksyen (1), (4) dan (5)

hendaklah terpakai berhubung dengan penama bagi perbadanan yang merupakan suatu subsidiari seolah-olah sebutan dalam subseksyen itu mengenai perbadanan itu termasuk sebutan mengenai penama baginya.

(7)

Seksyen ini tidak berkuat kuasa untuk menghalang pengumpukan syer dalam syarikat pemegangan kepada subsidiari yang telahpun memegang dengan sah syer dalam syarikat pemegangan itu jika—

Syarikat 65

(a)

pengumpukan itu dibuat secara permodalan rizab syarikat pemegangan itu; dan

(b)

pengumpukan itu dibuat kepada semua anggota syarikat pemegangan itu berasaskan perkadaran secara langsung kepada bilangan syer yang dipegang oleh setiap anggota syarikat pemegangan itu.

(8)

Jika, disebabkan oleh kuat kuasa seksyen ini, subsidiari itu dihalang daripada melanggan syer dalam syarikat pemegangan yang subsidiari itu layak untuk melanggan, syarikat pemegangan itu boleh, bagi pihak subsidiari itu, menjual syer itu.

(9)

Berhubung dengan sesuatu syarikat pemegangan yang sama ada suatu syarikat berhad menurut jaminan atau syarikat tidak berhad, sebutan dalam seksyen ini mengenai syer, sama ada ia mempunyai modal syer atau tidak, hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai kepentingan anggotanya dalam apa jua bentuk.

Subsidiari bertindak sebagai peniaga yang menyertai