Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
suatu subsidiari yang merupakan peniaga dalam sekuriti berupa telah memperoleh syer dalam syarikat pemegangannya dengan melanggar larangan dalam seksyen 22; dan
(b)
seseorang yang bertindak dengan suci hati telah bersetuju, bagi nilai dan tanpa menyedari tentang pelanggaran itu, untuk memperoleh syer dalam syarikat pemegangan—
(i)
daripada subsidiari itu; atau
(ii)
daripada mana-mana orang yang berupa telah memperoleh syer selepas pelupusan syer itu oleh subsidiari.
(2)
Pemindahan syer yang disebut dalam perenggan (1)(a) kepada mana-mana orang hendaklah mempunyai kesan yang sama sebagaimana yang akan diperolehnya jika perolehan asal syer oleh subsidiari itu tidak melanggar larangan itu.