Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 27

(2)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama yang dicadangkan itu ialah nama yang tidak tertakluk pada subseksyen 26(1), Pendaftar hendaklah mengesahkan ketersediaan nama yang dicadangkan itu.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Jika seseorang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (2), dia boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pendaftar itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

(4)

Seseorang boleh merayu kepada Pendaftar bagi perizaban sesuatu nama sebagai—

(a)

nama syarikat yang dicadangkan sebelum pemerbadanannya;

atau

(b)

nama yang sesuatu syarikat bercadang untuk menukarkan namanya di bawah seksyen 28.

(5)

Apabila berpuas hati bahawa nama itu bukan suatu nama yang boleh ditolak atas apa-apa alasan yang disebut dalam subseksyen 26(1) dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar boleh merizabkan nama itu bagi suatu tempoh selama tiga puluh hari dari tarikh penyerahsimpanan permohonan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(6)

Pengesahan bagi ketersediaan nama atau perizaban nama di bawah seksyen ini tidaklah dengan sendirinya melayakkan syarikat yang dicadangkan, syarikat atau syarikat asing itu sebagai berdaftar atas nama itu, sama ada atas nama asalnya atau nama yang ditukarkan.

(7)

Tertakluk pada Akta ini, Pendaftar tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab kesilapan atau peninggalan tidak kira apa jua pun sifat atau bagaimana jua pun kesilapan atau peninggalan itu timbul, jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam menunaikan kewajipannya di bawah seksyen ini.

Pertukaran nama

Section 27 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my