Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pertukaran namanya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
(3)
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama baharu itu mematuhi peruntukan Akta ini dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah—
(a)
mencatatkan nama baharu syarikat itu dalam daftar bagi menggantikan namanya yang dahulu; dan
(b)
mengeluarkan suatu notis pendaftaran bagi nama baharu itu.
(4)
Pertukaran nama suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baharu itu dikeluarkan.
(5)
Pertukaran nama sesuatu syarikat tidaklah—
(a)
menjejaskan hak atau obligasi syarikat itu; dan
(b)
mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
(6)
Apa-apa prosiding yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap suatu syarikat atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya, atas namanya yang baharu.
(7)
Jika penggulungan suatu syarikat bermula dalam masa satu tahun selepas syarikat itu menukarkan namanya, namanya yang dahulu dan nama sedia ada syarikat itu hendaklah terdapat pada semua notis dan iklan berhubung dengan penggulungan itu.
(8)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Kuasa Pendaftar untuk mengarahkan pertukaran nama