Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 30

(a)

pejabat berdaftarnya;

(b)

tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan

(c)

tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan.

(2)

Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada—

(a)

surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;

(b)

laman sesawangnya;

Syarikat 71

(c)

bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;

(d)

cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;

(e)

invois pesanan dan tuntutan lain bagi pembayaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan

(f)

semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.

(3)

Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya di bawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat di bawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.