Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Pada tarikh ketetapan khas diluluskan atau suatu tarikh kemudian yang dinyatakan dalam ketetapan itu, apa-apa pengubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah mengikat syarikat dan anggota sewajarnya.
(3)
Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pengubahan atau pindaan perlembagaannya dan menyerah simpan suatu salinan perlembagaan sebagaimana yang diubah atau dipinda itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarikat 75
Mahkamah boleh mengubah atau meminda perlembagaan