Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Perlembagaan suatu syarikat berhad menurut jaminan hendaklah ditandatangani oleh orang yang berhasrat untuk memperbadankan syarikat itu dan menyerah simpan dengan Pendaftar pada masa syarikat itu diperbadankan.
(3)
Perlembagaan itu hendaklah menyatakan—
(a)
bahawa syarikat itu ialah syarikat berhad menurut jaminan;
(b)
tujuan syarikat;
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(c)
keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaan syarikat;
(d)
bilangan anggota syarikat yang dicadangkan untuk diperbadankan;
(e)
perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan; dan
(f)
apa-apa perkara lain yang dihasratkan untuk dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan.
(4)
Mana-mana peruntukan dalam perlembagaan syarikat berhad menurut jaminan yang berupa membahagikan pengusahaan syarikat kepada syer atau kepentingan ialah suatu peruntukan bagi modal syer dan hendaklah terbatal.
(5)
Mana-mana peruntukan dalam perlembagaan syarikat berhad menurut jaminan yang berupa memberikan kepada mana-mana orang hak untuk mengambil bahagian dalam keuntungan boleh bahagi syarikat hendaklah terbatal.
(6)
Suatu perlembagaan yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah mengikat syarikat dan anggotanya pada takat yang sama seolah-olah perlembagaan itu ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada setiap anggota untuk mematuhi semua peruntukan dalam perlembagaan itu.
Ketidakpakaian doktrin notis konstruktif