Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 3

Apa-apa sebutan mengenai “perbadanan” dalam Akta ini ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuk mana-mana syarikat asing, perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing tetapi tidak termasuk—

(a)

mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di

Malaysia dan yang melalui notis oleh Menteri yang disiarkan dalam Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau suatu perantaraan atau agensi Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri atau menjadi pertubuhan perbadanan yang tidak diperbadankan bagi maksud perdagangan;

(b)

mana-mana perbadanan tunggal;

(c)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi; atau

(d)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja.

Syarikat 51

Takrif “subsidiari dan syarikat pemegangan”