Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 40

(2)

Apabila notis penukaran itu diserah simpan, Pendaftar hendaklah—

(a)

membuat apa-apa pengendorsan dalam atau pengubahan kepada daftar itu untuk merekodkan penukaran itu; dan

(b)

mengeluarkan kepada syarikat itu suatu notis penukaran dan membatalkan notis pendaftaran atau perakuan pemerbadanan terdahulu syarikat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Apabila notis penukaran dikeluarkan, Pendaftar boleh memberitahu syarikat secara bertulis bahawa syarikat itu diketepikan daripada menyerah simpan apa-apa dokumen yang telah diserah simpan semasa pemerbadanannya sebagai syarikat tidak berhad atau yang selepas daripada itu.

(4)

Penukaran itu hendaklah berkuat kuasa apabila notis penukaran di bawah subseksyen (2) dikeluarkan dan perlembagaan, jika ada, hendaklah selepas itu diubah mengikut terma ketetapan itu.

(5)

Penukaran sesuatu syarikat di bawah seksyen ini tidaklah—

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

menjejaskan identiti syarikat itu atau apa-apa hak atau obligasi syarikat itu; atau

(b)

mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.

(6)

Mana-mana prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat sebelum penukaran itu boleh, walau apa pun penukaran itu, diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat selepas penukaran itu.

Penukaran daripada syarikat awam kepada syarikat persendirian atau syarikat persendirian kepada syarikat awam