Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Suatu syarikat persendirian boleh bertukar kepada syarikat awam melalui suatu ketetapan khas dan hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar—
(a)
suatu notis penukaran dan menyatakan pengubahan namanya yang bersesuaian;
(b)
suatu pernyataan sebagai ganti prospektus; dan
(c)
suatu akuan berkanun yang menentusahkan bahawa perenggan 190(2)(b) telah dipatuhi.
(3)
Tertakluk pada Akta ini, apabila notis penukaran diserah simpan, Pendaftar hendaklah—
(a)
membuat apa-apa pengendorsan dalam atau pengubahan kepada daftar itu untuk merekodkan penukaran itu; dan
Syarikat 79
(b)
mengeluarkan kepada syarikat itu suatu notis penukaran dan membatalkan notis pendaftaran atau perakuan pemerbadanan terdahulu syarikat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Penukaran itu hendaklah berkuat kuasa apabila notis penukaran di bawah perenggan (3)(b) dikeluarkan.
(5)
Penukaran sesuatu syarikat di bawah seksyen ini tidaklah—
(a)
menjejaskan identiti syarikat itu atau apa-apa hak atau obligasi syarikat itu; atau
(b)
mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
(6)
Mana-mana prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat sebelum penukaran itu boleh, walau apa pun apa-apa perubahan nama atau keupayaan syarikat berikutan penukaran itu, diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat selepas penukaran itu.