Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 42

(a)

didaftarkan sebagai suatu syarikat persendirian;

(b)

menukar statusnya kepada suatu syarikat persendirian; atau

(c)

terus berdaftar sebagai suatu syarikat persendirian.

(2)

Suatu syarikat persendirian hendaklah menyekat pemindahan syernya.

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan bilangan pemegang syer dalam suatu syarikat persendirian—

(a)

pemegang syer bersama hendaklah dianggap sebagai satu orang; dan

(b)

pemegang syer yang menjadi atau telah menjadi pekerja syarikat atau subsidiarinya semasa mereka menjadi pemegang syer tidak boleh dihitung.

(4)

Jika suatu syarikat persendirian—

(a)

terhenti menyekat pemindahan syernya;

(b)

terhenti mempunyai modal syer; atau

(c)

mempunyai lebih daripada lima puluh pemegang syer,

Pendaftar hendaklah menyampaikan suatu notis kepada syarikat itu bahawa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, syarikat itu terhenti menjadi syarikat persendirian.

(5)

Jika, di bawah seksyen ini, Pendaftar menentukan bahawa suatu syarikat telah terhenti menjadi syarikat persendirian—

(a)

syarikat itu hendaklah menjadi suatu syarikat awam dan hendaklah disifatkan telah menjadi syarikat awam pada dan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu;

(b)

syarikat itu hendaklah, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian disifatkan telah menukarkan namanya dengan peninggalan daripada namanya perkataan “Sendirian” atau singkatan “Sdn.”, mengikut kehendak keadaan; dan

(c)

syarikat itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu, menyerah simpan dengan Pendaftar—

(i)

suatu pernyataan sebagai ganti prospektus; dan

Syarikat 81

(ii)

suatu akuan berkanun yang menentusahkan bahawa perenggan 190(1)(b) telah dipatuhi.

(6)

Menurut kuasa penentuan yang dibuat di bawah seksyen ini, suatu syarikat yang telah menjadi suatu syarikat awam tidak boleh bertukar kepada suatu syarikat persendirian tanpa mendapat keizinan

Mahkamah.

(7)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Larangan terhadap syarikat persendirian untuk menawarkan syer atau debentur atau mempelawa untuk mendepositkan wang