Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 43

(a)

menawarkan kepada orang awam apa-apa syer atau debentur syarikat;

(b)

mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan apa-apa syer atau debentur syarikat dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti itu kepada orang awam; atau

(c)

mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang dengan syarikat bagi tempoh yang ditetapkan atau kena dibayar apabila dituntut, sama ada mempunyai faedah atau tanpa faedah.

(2)

Melainkan jika dibuktikan sebaliknya, pengumpukan atau persetujuan untuk mengumpukkan syer atau debentur dianggap sebagai syer atau debentur itu ditawarkan kepada orang awam jika tawaran syer atau debentur itu, atau mana-mana daripada syer atau debentur itu, kepada orang awam dibuat—

(a)

dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau persetujuan untuk mengumpukkan itu; atau 82 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

sebelum penerimaan oleh syarikat itu keseluruhan balasan yang akan diterima olehnya berkenaan dengan syer atau debentur itu.

(3)

Sesuatu syarikat tidak melanggar seksyen ini jika—

(a)

syarikat itu bertindak dengan suci hati mengikut perkiraan yang di bawahnya syarikat itu bertukar kepada syarikat awam sebelum syer atau debentur itu diumpukkan;

(b)

sebagai sebahagian daripada terma tawaran syarikat itu mengaku janji untuk bertukar kepada syarikat awam dalam tempoh yang ditentukan, dan bahawa aku janji itu telah dipatuhi; atau

(c)

tawaran itu dibuat mengikut perkiraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti kepada mana-mana orang mengenai pasaran saham, pasaran terbitan, pasaran saham terkecuali atau pasaran terbitan terkecuali yang diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia di bawah Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(b), tempoh yang ditentukan—

(a)

dalam hal jika tawaran dibuat pada hari yang sama, ialah suatu tempoh yang berakhir tidak lewat daripada enam bulan selepas hari tawaran itu dibuat; atau

(b)

dalam hal jika tawaran dibuat pada hari yang berlainan, ialah suatu tempoh yang berakhir tidak lewat daripada enam bulan selepas hari tawaran itu dibuat kali pertama.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Syarikat 83

Tawaran kepada orang awam

Section 43 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my