Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 44

(2)

Suatu tawaran tidak dianggap sebagai tawaran kepada orang awam jika tawaran itu—

(a)

tidak dihitung untuk menghasilkan, secara langsung atau tidak langsung, syer atau debentur syarikat yang tersedia kepada orang selain mereka yang menerima tawaran itu; atau

(b)

selainnya menjadi suatu bahagian persendirian bagi orang yang menerima tawaran itu dan orang yang membuat tawaran itu.

(3)

Suatu tawaran hendaklah dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai suatu bahagian persendirian antara orang yang menerima tawaran dengan orang yang membuat tawaran jika—

(a)

tawaran itu dibuat kepada orang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat dan, jika tawaran itu dibuat mengikut terma yang membenarkan orang itu melepaskan haknya, hak itu hanya boleh dilepaskan bagi faedah orang yang lain yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat itu; atau

(b)

tawaran itu ialah suatu tawaran untuk melanggan sekuriti untuk dipegang di bawah suatu skim syer pekerja dan, jika tawaran itu dibuat mengikut terma yang membenarkan orang itu melepaskan haknya, hak itu hanya boleh dilepaskan bagi faedah—

(i)

seorang yang lain yang berhak untuk memegang sekuriti di bawah skim itu; atau

(ii)

seseorang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “orang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat” ertinya—

(a)

anggota sedia ada atau pekerja syarikat itu;

(b)

anggota keluarga seseorang yang menjadi atau telah menjadi anggota atau pekerja syarikat itu;

(c)

pemegang debentur sedia ada syarikat itu; atau

(d)

pemegang amanah, yang bertindak atas sifatnya yang sedemikian, bagi suatu amanah yang benefisiari utamanya ialah seorang yang termasuk dalam mana-mana perenggan (a) hingga (c).

Syarikat berhad menurut jaminan

Section 44 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my