Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 15;
(b)
perlembagaan syarikat, jika ada;
(c)
perakuan yang diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan, jika ada;
(d)
semua daftar, buku, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(e)
minit semua mesyuarat anggota dan ketetapan anggota;
(f)
minit semua mesyuarat dan ketetapan Lembaga dan jawatankuasa Lembaga;
(g)
salinan semua komunikasi bertulis kepada semua anggota atau semua pemegang syer daripada kelas yang sama;
(h)
salinan semua penyata kewangan dan penyata kewangan kumpulan;
(i)
rekod perakaunan syarikat yang dikehendaki di bawah seksyen 245;
Syarikat 87
(j)
salinan semua surat cara yang mewujudkan atau menjadi keterangan gadaian sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 357; dan
(k)
apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh
Pendaftar.
(2)
Apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), selain dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(e), boleh disimpan di tempat selain di pejabat berdaftar syarikat itu dengan syarat notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.
(3)
Syarikat itu hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa pertukaran alamat tempat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)
dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pemeriksaan dokumen dan rekod yang disimpan oleh syarikat