Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 49

(a)

dalam bentuk bertulis; atau

(b)

dalam apa-apa bentuk atau cara lain, elektronik atau selainnya, yang membenarkan dokumen dan maklumat itu mudah diakses dan dikeluarkan semula dalam bentuk bertulis.

(2)

Syarikat hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang dokumen dan rekod yang disimpan dalam bentuk yang disebut dalam subseksyen (1) daripada dipalsukan.

(3)

Jika sesuatu syarikat mendapati bahawa sesuatu dokumen atau rekod telah dipalsukan, syarikat itu hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Pendaftar dan Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat itu untuk—

(a)

meminda, membetulkan atau mengubah dokumen atau rekod itu; atau

(b)

mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut oleh

Pendaftar.

(4)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Daftar anggota