Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(a)
nama, alamat, nombor kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78], jika ada,
Syarikat 89
kewarganegaraan dan tempat tinggal yang biasa bagi tiap-tiap orang yang akan menjadi anggota dan, jika mana-mana anggota ialah suatu perbadanan, nama perbadanan, tempat diperbadankan, ditubuhkan atau tempat asal, nombor pendaftaran dan pejabat berdaftar perbadanan dan apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang berkaitan mengenai anggota;
(b)
dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, suatu pernyataan tentang syer yang dipegang oleh setiap anggota, yang membezakan setiap syer melalui nombor yang bersesuaian, atau melalui nombor perakuan, jika ada, dan amaun yang dibayar atau dipersetujui untuk dianggap sebagai dibayar atas syer setiap anggota;
(c)
tarikh yang padanya nama setiap orang yang dicatatkan dalam daftar sebagai anggota;
(d)
tarikh yang padanya mana-mana orang terhenti menjadi anggota dalam masa tujuh tahun sebelumnya terhenti sedemikian menjadi anggota; dan
(e)
dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, tarikh tiap-tiap pengumpukan syer kepada anggota dan bilangan syer yang terkandung dalam setiap pengumpukan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
jika syarikat telah menukarkan mana-mana syernya kepada saham dan memberikan notis penukaran kepada Pendaftar, syarikat itu hendaklah mengubah daftar bagi menunjukkan amaun saham atau bilangan unit saham yang dipegang oleh setiap anggota dan bukannya bilangan syer dan butir-butir yang berhubungan dengan syer yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b);
(b)
suatu syarikat boleh menyimpan nama dan butir-butir yang berhubungan dengan orang yang telah terhenti menjadi anggota syarikat secara berasingan dan nama dan butir-butir yang berhubungan dengan anggota terdahulu tidak perlu
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
diberikan kepada mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan salinan daftar melainkan jika orang itu meminta secara khusus nama dan butir-butir anggota terdahulu.
(3)
Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kewajipan untuk memberitahu butir-butir dan pertukaran dalam daftar anggota