Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 52

(2)

Syarikat hendaklah membuat apa-apa pertukaran yang perlu dalam indeks jika terdapat apa-apa pertukaran butir-butir dalam daftar anggota dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.

(3)

Indeks hendaklah berkenaan dengan setiap anggota mempunyai petunjuk yang mencukupi untuk membolehkan akaun anggota itu dalam daftar tersedia untuk diakses.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang syernya disebut di bursa saham.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Daftar cawangan anggota

Section 52 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my