Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(2)
Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar—
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(a)
suatu notis mengenai alamat pejabat di mana apa-apa daftar cawangan disimpan dan mengenai apa-apa pertukaran alamatnya; dan
(b)
suatu notis mengenai pemberhentian pejabat di mana daftar cawangan disimpan, jika daftar cawangan itu tidak diteruskan, dalam masa tiga puluh hari dari pembukaan pejabat itu atau dari pertukaran atau pemberhentian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Suatu daftar cawangan hendaklah disimpan mengikut cara yang sama sebagaimana daftar utama dikehendaki disimpan.
(4)
Syarikat hendaklah memindahkan suatu salinan tiap-tiap catatan dalam daftar cawangannya ke pejabat di mana daftar utamanya disimpan dalam masa empat belas hari dari tarikh catatan itu dibuat dan hendaklah menyebabkan supaya disimpan suatu salinan yang dikemas kini sewajarnya bagi daftar cawangannya di pejabat itu.
(5)
Tertakluk pada seksyen ini, berkenaan dengan salinan daftar, syer yang didaftarkan di suatu daftar cawangan hendaklah dibezakan daripada syer yang didaftarkan di daftar utama dan tiada transaksi berkenaan dengan apa-apa syer yang didaftarkan di daftar cawangan boleh didaftarkan semasa penerusan pendaftaran itu.
(6)
Jika syarikat memberhentikan daftar cawangan, semua catatan dalam daftar itu hendaklah dipindahkan ke beberapa daftar cawangan lain yang disimpan oleh syarikat itu di tempat yang sama atau dalam daftar utama.
(7)
Jika menurut kuasa undang-undang yang berkuat kuasa di mana-mana negara lain, mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang itu yang menyimpan suatu daftar cawangan anggotanya di
Malaysia,
Menteri boleh melalui perintah mengisytiharkan bahawa peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pemeriksaan, tempat penyimpanan dan pembetulan daftar anggota hendaklah, tertakluk pada apa-apa ubah suaian yang
Syarikat 93
dinyatakan dalam perintah itu, terpakai sewajarnya bagi daftar cawangan itu.
(8)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini dan tiap-tiap orang yang, mengikut perenggan 54(1)(b) telah membuat perkiraan untuk mengubah suai daftar utama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tempat di mana daftar anggota dan indeks disimpan