Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(a)
jika daftar dan indeks itu disediakan di pejabat yang lain syarikat itu di Malaysia, daftar dan indeks itu boleh disimpan di pejabat yang lain itu; atau
(b)
jika syarikat itu membuat perkiraan dengan mana-mana orang untuk menyediakan daftar dan indeks bagi pihaknya, daftar dan indeks itu boleh disimpan di pejabat orang itu di mana kerja dijalankan jika pejabat itu terletak di Malaysia.
(2)
Jika, menurut kuasa perenggan (1)(b), daftar anggota disimpan di pejabat ejen itu, selain di syarikat itu, dan oleh sebab keingkarannya syarikat itu melanggar subseksyen (1) atau mana-mana kehendak Akta ini mengenai pengeluaran daftar, ejen itu boleh dikenakan penalti yang sama seolah-olah dia ialah pegawai syarikat, dan kuasa Mahkamah di bawah seksyen 585 hendaklah diperluas kepada pembuatan perintah terhadap ejen dan pegawai itu dan pekerja ejen itu.
(3)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pemeriksaan dan penutupan daftar anggota dan indeks