Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(a)
untuk memaklumkan kepada syarikat sama ada anggota yang memegang apa-apa syer mengundi dalam syarikat sebagai pemunya benefisial atau sebagai pemegang amanah; dan
(b)
jika anggota memegang syer mengundi sebagai pemegang amanah, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang yang baginya anggota itu memegang syer mengundi melalui nama dan melalui butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti dan jenis kepentingan mereka.
(2)
Jika suatu syarikat dimaklumkan bahawa mana-mana orang lain mempunyai kepentingan dalam mana-mana syer mengundi dalam sesuatu syarikat, syarikat itu boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang lain itu dalam apa-apa masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
(a)
untuk memaklumkan kepada syarikat sama ada orang itu memegang kepentingan sebagai pemunya benefisial atau sebagai pemegang amanah; dan
(b)
jika orang itu memegang kepentingan sebagai pemegang amanah, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang yang dengannya orang itu memegang kepentingan melalui nama dan melalui butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti dan jenis kepentingan mereka.
(3)
Mana-mana syarikat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat untuk memaklumkan kepada syarikat, dalam masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada apa-apa hak mengundi yang dibawa bersama mana-mana syer mengundi dalam syarikat yang
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
dipegang oleh anggota itu adalah tertakluk pada suatu perjanjian atau perkiraan yang di bawahnya seorang yang lain berhak untuk mengawal penjalanan hak anggota itu dan, jika sedemikian, untuk memberikan butir-butir perjanjian atau perkiraan dan pihak-pihak kepada perjanjian atau perkiraan itu.
(4)
Bilamana suatu syarikat menerima maklumat daripada seseorang mengikut suatu kehendak yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen ini berkenaan dengan syer yang dipegang oleh anggota syarikat, syarikat itu hendaklah berada di bawah suatu obligasi untuk mencatatkan bersetentangan dengan nama anggota itu di bahagian yang berasingan dalam daftar yang disimpan olehnya di bawah seksyen 50—
(a)
fakta bahawa kehendak itu telah dikenakan dan tarikh yang padanya kehendak itu dikenakan; dan
(b)
maklumat yang diterima mengikut kehendak itu.
(5)
Seksyen 50 terpakai berhubung dengan sebahagian daripada daftar yang disebut dalam subseksyen (4) sebagaimana yang peruntukan itu terpakai berhubung dengan daftar yang selebihnya dan seolah-olah sebutan mengenai subseksyen 50(1) termasuk sebutan mengenai subseksyen (4).
(6)
Pendaftar, bursa saham atau Suruhanjaya Sekuriti boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan syarikat untuk menggunakan kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2) dan untuk memberikan kepadanya dengan segera maklumat yang diperoleh sedemikian.
(7)
Tertakluk pada subseksyen (9), mana-mana orang yang—
(a)
melanggar suatu notis di bawah seksyen ini; atau
(b)
berupa mematuhi notis sedemikian membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu dalam butir-butir yang material atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yang palsu dalam butir-butir yang material,
Syarikat 97
melakukan suatu kesalahan.
(8)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar arahan
Pendaftar, bursa saham atau Suruhanjaya Sekuriti melakukan suatu kesalahan.
(9)
Seseorang tidak melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (7)(a) jika dia membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telahpun berada dalam pengetahuan syarikat atau bahawa kehendak untuk memberikannya adalah bagi apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.
Daftar pengarah, pengurus dan setiausaha