Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 57

(a)

berkenaan dengan pengarah—

(i)

nama, alamat kediaman, alamat penyampaian, tarikh lahir, jawatan dan pengenalan perniagaannya; dan

(ii)

butir-butir mengenai mana-mana jawatan pengarah lain bagi syarikat awam atau syarikat yang menjadi subsidiari bagi syarikat awam yang dipegang oleh pengarah itu, tetapi tidaklah perlu bagi daftar itu untuk mengandungi butir-butir mengenai jawatan pengarah yang dipegang oleh seseorang pengarah dalam suatu syarikat yang menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan syarikat itu;

(b)

berkenaan dengan pengurus dan setiausaha, nama penuh, pengenalan dan alamat kediaman, alamat perniagaan, jika ada, dan pekerjaannya yang lain.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), jika seseorang menjadi pengarah dalam satu atau lebih subsidiari bagi syarikat pemegangan

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

yang sama, mencukupi jika ia menzahirkan bahawa orang itu ialah pemegang satu atau lebih jawatan pengarah dalam kumpulan syarikat itu dan kumpulan itu boleh diperihalkan dengan nama syarikat pemegangan dengan tambahan perkataan “Kumpulan”.

(3)

Daftar hendaklah dibuka bagi pemeriksaan oleh mana-mana anggota syarikat tanpa dikenakan bayaran dan oleh mana-mana orang lain apabila dibayar sejumlah sepuluh ringgit, atau apa-apa jumlah yang lebih rendah sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat, bagi setiap pemeriksaan.

(4)

Jika terdapat apa-apa pertukaran butir-butir mengenai pengarah, pengurus atau setiausaha syarikat hendaklah menguatkuasakan pertukaran dalam daftar itu dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.

(5)

Suatu perakuan Pendaftar yang menyatakan bahawa daripada apa-apa penyata yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah seksyen ini ternyata bahawa pada bila-bila masa yang dinyatakan dalam perakuan itu mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus atau setiausaha suatu syarikat yang dinyatakan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(6)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Dalam seksyen ini—

“pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan kepadanya suatu kad pengenalan, nombor kad pengenalan, dalam hal seseorang yang tidak dikeluarkan kepadanya suatu kad pengenalan, butir-butir pasport atau apa-apa keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada;

“pengarah” termasuk pengarah silih ganti, ganti atau tempatan.

Syarikat 99

Kewajipan untuk memberitahu butir-butir dan pertukaran pengarah, pengurus dan setiausaha