Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(a)
selepas pemerbadanannya, butir-butir yang dikehendaki supaya dinyatakan di bawah seksyen 57;
(b)
apa-apa pertukaran nama, alamat kediaman dan butir-butir lain yang ditetapkan mengenai mana-mana pengarah, pengurus atau setiausaha atau alamat penyampaian mana-mana pengarah;
(c)
selepas seseorang terhenti menjadi, atau sebagai, pengarah syarikat, butir-butir yang dikehendaki supaya dinyatakan dalam daftar yang dikehendaki di bawah seksyen 57;
(d)
selepas seseorang menjadi pengurus atau setiausaha syarikat, menyatakan nama penuh, alamat dan pekerjaan lain, jika ada, orang itu; dan
(e)
selepas seseorang terhenti menjadi pengurus atau setiausaha syarikat.
(2)
Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang hendaklah diserah simpan di bawah subseksyen (1).
(3)
Notis seseorang yang menjadi pengarah syarikat hendaklah—
(a)
mengandungi suatu pernyataan tentang butir-butir pengarah baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 57(1)(a); dan
(b)
disertakan dengan suatu persetujuan untuk bertindak atas sifat itu oleh orang itu.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Daftar pemegangan syer pengarah, dsb.