Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(a)
syer dalam syarikat atau dalam perbadanan berkaitan, iaitu syer yang pengarah itu mempunyai kepentingan dan jenis serta takat kepentingan itu;
(b)
debentur atau kepentingan kesertaan yang sedia ada oleh syarikat atau perbadanan berkaitan, iaitu debentur atau kepentingan kesertaan yang pengarah itu mempunyai kepentingan dan jenis serta takat kepentingan itu;
(c)
hak atau opsyen pengarah atau pengarah dan orang lain berkenaan dengan perolehan atau pelupusan syer dalam, debentur bagi atau kepentingan kesertaan yang sedia ada oleh syarikat itu atau perbadanan berkaitan; dan
(d)
kontrak yang dengannya pengarah merupakan suatu pihak atau yang di bawahnya pengarah itu berhak mendapat keuntungan, iaitu kontrak yang menurutnya seseorang mempunyai hak untuk membuat panggilan atau membuat penghantarserahan syer dalam, debentur bagi atau kepentingan kesertaan yang sedia ada oleh syarikat atau perbadanan berkaitan.
(2)
Suatu syarikat tidak perlu menzahirkan dalam daftarnya apa-apa butir syer kepentingan pengarah dalam subsidiari milik penuh syarikat yang disifatkan sebagai perbadanan berkaitan di bawah seksyen 7.
(3)
Suatu subsidiari milik penuh syarikat hendaklah disifatkan sebagai mematuhi seksyen ini berhubung dengan pengarahnya jika
Syarikat 101
butir-butir yang dikehendaki oleh seksyen ini ditunjukkan dalam daftar syarikat pemegangan.
(4)
Syarikat hendaklah mencatatkan dalam daftarnya berhubung dengan pengarah butir-butir yang disebut dalam subseksyen (1)
termasuklah bilangan dan perihalan syer, debentur, kepentingan kesertaan, hak, opsyen dan kontrak yang berhubung dengan notis itu dan berkenaan dengan syer, debentur, kepentingan kesertaan, hak atau opsyen yang diperoleh atau kontrak yang dibuat selepas dia menjadi pengarah dalam masa tiga hari selepas menerima notis daripada pengarah di bawah perenggan 219(1)(a)—
(a)
harga atau balasan lain bagi transaksi yang dengan sebabnya suatu catatan dikehendaki dibuat di bawah seksyen ini; dan
(b)
tarikh—
(i)
perjanjian bagi transaksi atau jika yang terkemudian, penyelesaian bagi transaksi itu; atau
(ii)
jika tiada transaksi, peristiwa yang berlaku yang dengan sebabnya suatu catatan dikehendaki dibuat di bawah seksyen ini.
(5)
Syarikat hendaklah mencatatkan dalam daftarnya butir-butir pertukaran yang disebut dalam notis di bawah perenggan 219(1)(b)
dalam masa tiga hari selepas menerima notis daripada pengarah.
(6)
Sesuatu syarikat tidak boleh disifatkan mempunyai pengetahuan tentang atau dibebani dengan siasatan mengenai hak seseorang atau berhubung dengan, suatu syer dalam, debentur bagi atau kepentingan kesertaan yang sedia ada oleh syarikat.
(7)
Daftar hendaklah dibuka bagi pemeriksaan oleh anggota syarikat tanpa dikenakan bayaran dan oleh mana-mana orang lain apabila dibayar sejumlah dua puluh ringgit atau apa-apa amaun yang lebih kurang sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat.
(8)
Mana-mana orang boleh meminta suatu syarikat untuk memberikan kepadanya suatu salinan daftarnya atau mana-mana
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
bahagian daripada daftarnya apabila dibayar sejumlah dua puluh ringgit dan syarikat itu hendaklah menghantar salinan itu kepada orang itu dalam masa dua puluh satu hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dari tarikh permintaan itu diterima oleh syarikat.
(9)
Pendaftar boleh, pada bila-bila masa secara bertulis, menghendaki syarikat untuk memberikan kepadanya salinan daftarnya atau mana-mana bahagian daftarnya dan syarikat hendaklah memberikan salinan itu dalam masa tujuh hari dari hari kehendak itu diterima oleh syarikat.
(10)
Suatu syarikat awam hendaklah mengemukakan daftarnya kepada semua orang yang menghadiri mesyuarat pada permulaan setiap mesyuarat agung tahunan syarikat dan sentiasa dibuka dan boleh diakses semasa mesyuarat itu.
(11)
Dalam seksyen ini—
(a)
sebutan mengenai kepentingan kesertaan ialah sebutan mengenai suatu kepentingan mengikut pengertian Akta Skim
Kepentingan 2016;
(b)
sebutan mengenai seseorang yang memegang atau memperoleh syer, debentur atau kepentingan kesertaan atau suatu kepentingan dalam syer, debentur atau kepentingan kesertaan termasuk sebutan mengenai seseorang yang di bawah suatu opsyen memegang atau memperoleh hak untuk memperoleh atau melupuskan syer, debentur atau kepentingan kesertaan atau suatu kepentingan dalam syer, debentur atau kepentingan kesertaan; dan
(c)
sebutan mengenai seseorang pengarah hendaklah termasuk suami atau isteri seseorang pengarah yang bukan merupakan pengarah syarikat itu dan seseorang anak kepada seseorang pengarah, termasuklah anak angkat atau anak tiri yang bukan merupakan pengarah syarikat itu dan kepentingan suami atau isteri atau anak itu hendaklah dianggap sebagai kepentingan pengarah itu dalam syer atau debentur syarikat selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuan pengarah.
Syarikat 103
(12)
Seksyen 8, kecuali subseksyen (1) dan (3), hendaklah berkuat kuasa dalam menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kepentingan dalam debentur atau kepentingan kesertaan dan dalam mengguna pakai peruntukan itu, sebutan mengenai sesuatu syer hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai sesuatu debentur atau kepentingan kesertaan.
(13)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Daftar pemegang debentur dan salinan surat ikatan amanah