Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(2)
Syarikat hendaklah memberitahu
Pendaftar mengenai pengeluaran debentur mengikut subseksyen (1) dalam masa empat belas hari dari tarikh pengeluaran itu.
(3)
Daftar hendaklah, kecuali apabila ditutup dengan sewajarnya, dibuka bagi pemeriksaan oleh pemegang berdaftar mana-mana debentur dan mana-mana pemegang syer dalam syarikat dan hendaklah mengandungi butir-butir mengenai nama dan alamat pemegang debentur dan amaun debentur yang dipegang oleh pemegang debentur.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, daftar hendaklah disifatkan ditutup dengan sewajarnya dalam tempoh yang pada agregatnya tidak melebihi tiga puluh hari dalam mana-mana tahun kalendar jika daftar itu ditutup mengikut peruntukan dan tempoh yang dinyatakan dalam perlembagaan atau dalam debentur atau perakuan saham debentur, atau dalam surat ikatan amanah atau dokumen lain yang berhubungan dengan atau yang mendapatkan debentur itu.
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(5)
Syarikat hendaklah, atas permintaan tiap-tiap pemegang debentur berdaftar dan tiap-tiap pemegang syer dalam syarikat, memberikan suatu salinan daftar pemegang debentur syarikat itu atau mana-mana bahagian daripada daftar apabila dibayar sejumlah lima ringgit bagi tiap-tiap muka surat atau sebahagian daripada daftar yang dikehendaki untuk dibuat salinan tetapi salinan itu tidak perlu termasuk apa-apa butir mengenai mana-mana pemegang debentur selain nama dan alamatnya dan debentur yang dipegang olehnya.
(6)
Salinan mana-mana surat ikatan amanah yang berhubungan dengan atau yang mendapatkan apa-apa keluaran debentur hendaklah dikemukakan oleh syarikat kepada pemegang debentur itu atas permintaannya apabila dibayar sejumlah sepuluh ringgit bagi tiap-tiap muka surat atau apa-apa jumlah yang lebih kurang sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat, atau, jika salinan itu perlu dibuat khusus untuk memenuhi permintaan apabila dibayar sejumlah lima ringgit bagi tiap-tiap muka surat atau sebahagian daripada daftar yang dikehendaki untuk dibuat salinan.
(7)
Syarikat yang mengeluarkan debentur boleh menyebabkan supaya disimpan di mana-mana tempat di luar Malaysia suatu daftar cawangan pemegang debentur yang hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar pemegang debentur syarikat dan seksyen 50, 51, 52, 53, 54, 55 dan 601 Akta ini hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan penyimpanan daftar cawangan pemegang debentur.
(8)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat yang enggan membenarkan sesuatu pemeriksaan, atau enggan mengemukakan suatu salinan dalam masa tiga puluh hari selepas permintaan telah dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(9)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarikat 105