Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
(2)
Meterai rasmi hendaklah menjadi salinan yang tepat bagi meterai perbadanan syarikat, dengan tambahan pada permukaannya tempat di mana meterai rasmi itu hendak digunakan.
(3)
Meterai rasmi itu apabila dicapkan dengan sewajarnya pada sesuatu dokumen mempunyai kesan yang sama sebagaimana meterai perbadanan syarikat.
(4)
Sesuatu syarikat yang mempunyai suatu meterai rasmi bagi kegunaan di luar Malaysia boleh secara bertulis di bawah meterai
106 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
perbadanannya membenarkan mana-mana orang yang dilantik bagi maksud mengecap meterai rasmi pada mana-mana surat ikatan atau dokumen lain yang syarikat itu menjadi suatu pihak.
(5)
Orang yang mengecap meterai rasmi itu hendaklah memperakui secara bertulis di atas surat ikatan atau dokumen lain itu yang padanya meterai itu dicapkan dengan tarikh dan tempat di mana surat ikatan atau dokumen lain itu dicapkan.
Meterai rasmi bagi perakuan syer, dsb.