Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 66

(a)

dengan mengecapkan meterai perbadanannya, tertakluk pada syarat atau batasan dalam perlembagaan; atau

(b)

apabila ditandatangani mengikut seksyen ini.

(2)

Suatu dokumen disempurnakan dengan sah oleh sesuatu syarikat jika dokumen itu ditandatangani bagi pihak syarikat itu—

108 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai diberi kuasa, salah seorang daripadanya hendaklah seorang pengarah; atau

(b)

dalam hal seorang pengarah tunggal, oleh pengarah itu dengan kehadiran seorang saksi yang mengaku saksi tandatangan itu.

(3)

Suatu dokumen yang ditandatangani mengikut subseksyen (2)

hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah-olah dokumen itu disempurnakan di bawah meterai perbadanan syarikat.

(4)

Suatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh suatu syarikat boleh ditandatangani oleh seorang pegawai diberi kuasa dan tidak perlu dibuat di bawah meterai perbadanan.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “pegawai diberi kuasa” ertinya—

(a)

pengarah syarikat;

(b)

setiausaha syarikat; atau

(c)

mana-mana orang lain, yang diluluskan oleh Lembaga.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya suatu dokumen yang dikehendaki untuk disempurnakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, ketetapan, perjanjian atau perlembagaan mengikut subseksyen (1).

Penyempurnaan surat ikatan