Malaysia legislation

Section 67

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 67

(a)

dokumen itu disempurnakan dengan sewajarnya oleh syarikat itu; dan

(b)

dokumen itu dihantar serah sebagai suatu surat ikatan.

Syarikat 109

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), suatu dokumen dianggap sebagai dihantar serah apabila dokumen itu disempurnakan dengan sah di bawah subseksyen (1), melainkan jika maksud yang bertentangan dibuktikan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat boleh, melalui surat cara yang disempurnakan sebagai surat ikatan, memberi seseorang kuasa, sama ada secara am atau berkenaan dengan perkara yang dinyatakan, untuk menyempurnakan surat ikatan itu atau dokumen lain bagi pihaknya.

(4)

Surat ikatan atau dokumen lain yang disempurnakan oleh orang yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah mempunyai kesan seolah-olah surat ikatan atau dokumen itu disempurnakan oleh syarikat itu.