Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
(2)
Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yang dalam tahun kalendar itu syarikat itu diperbadankan.
(3)
Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
alamat pejabat berdaftarnya;
(b)
jenis perniagaannya;
(c)
alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(d)
alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(e)
alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(f)
dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debentur;
(g)
amaun keseluruhan keterhutangannya;
(h)
butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;
(i)
senarai anggotanya; dan
(j)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(4)
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukanbentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.
(5)
Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.
(6)
Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dinyatakan dengan tahun sebelumnya.
(7)
Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindah milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan ke dalam penyata tahunan—
(a)
suatu perakuan oleh setiausaha bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan
Syarikat 111
(b)
suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang terbesar setiap kelas syer ekuiti.
(8)
Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.
(9)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.