Malaysia legislation

Section 72

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 72

(2)

Tertakluk pada seksyen ini dan jika dibenarkan oleh perlembagaannya, suatu syarikat boleh mengeluarkan syer keutamaan yang adalah bertanggungan, atau atas opsyen syarikat adalah bertanggungan, untuk ditebus mengikut perlembagaan.

(3)

Penebusan syer keutamaan tidak boleh dikira sebagai mengurangkan amaun modal syer syarikat.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5) dan (6), syer hendaklah boleh ditebus hanya jika syer itu berbayar penuh dan penebusan itu hendaklah daripada—

(a)

keuntungan;

(b)

pengeluaran suatu syer baru; atau

(c)

modal syarikat.

(5)

Jika mana-mana syer itu ditebus daripada keuntungan menurut perenggan (4)(a) yang selainnya telah tersedia untuk dividen, maka hendaklah dipindahkan ke dalam akaun modal syer syarikat, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun syer yang ditebus itu.

(6)

Penebusan syer daripada modal yang disebut dalam perenggan (4)(c) hendaklah hanya boleh ditebus tertakluk pada yang berikut:

(a)

semua pengarah telah membuat suatu pernyataan kesolvenan di bawah seksyen 113 berhubung dengan penebusan itu; dan

(b)

syarikat itu telah menyerah simpan suatu salinan pernyataan kesolvenan itu dengan Pendaftar.

(7)

Syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada Pendaftar dengan menyatakan syer yang ditebus itu dalam masa empat belas hari dari penebusan itu.

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Larangan mengeluarkan waran syer pembawa