Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 75

Penjalanan kuasa pengarah untuk mengumpukkan syer atau memberikan hak

(a)

untuk mengumpukkan syer dalam syarikat;

(b)

untuk memberikan hak bagi melanggan syer dalam syarikat;

(c)

untuk menukar apa-apa sekuriti kepada syer dalam syarikat; atau

Syarikat 115

(d)

untuk mengumpukkan syer di bawah suatu perjanjian atau opsyen atau tawaran.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—

(a)

suatu pengumpukan syer, atau pemberian hak, di bawah suatu tawaran yang dibuat kepada anggota syarikat mengikut perkadaran pemegangan syer anggota;

(b)

suatu pengumpukan syer, atau pemberian hak, atas bonus keluaran syer yang diberikan kepada anggota syarikat mengikut perkadaran pemegangan syer anggota;

(c)

suatu pengumpukan syer kepada penganjur suatu syarikat yang penganjur itu bersetuju untuk mengambilnya; atau

(d)

syer yang hendak dikeluarkan sebagai balasan atau sebahagian daripada balasan pemerolehan syer atau aset oleh syarikat dan anggota syarikat telah diberitahu tentang niat untuk mengeluarkan syer sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh pengeluaran syer itu.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(d), anggota syarikat disifatkan telah diberitahu tentang niat untuk mengeluarkan syer syarikat jika—

(a)

suatu salinan pernyataan yang menerangkan maksud pengeluaran syer yang dicadangkan telah dihantar kepada tiap-tiap anggota di alamat terakhir yang diketahui mengikut daftar anggota; dan

(b)

salinan pernyataan itu telah diiklankan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.

(4)

Apa-apa keluaran syer yang dibuat oleh suatu syarikat yang melanggar seksyen ini hendaklah terbatal dan balasan yang diberikan bagi syer itu hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

116 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(5)

Mana-mana pengarah yang diketahuinya melanggar, atau mengizinkan atau membenarkan pelanggaran, atau gagal mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang pelanggaran seksyen ini berkenaan dengan apa-apa pengeluaran syer melakukan suatu kesalahan dan hendaklah bertanggungan untuk membayar pampasan kepada syarikat dan orang yang kepadanya syer itu dikeluarkan bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau kos yang ditanggung atau dilakukan oleh syarikat atau orang itu.

(6)

Walau apa pun Akta Had Masa 1953 [Akta 254], tiada prosiding untuk mendapatkan balik apa-apa kerugian, kerosakan atau kos sedemikian boleh dimulakan selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran itu.

Pengumpukan syer atau pemberian hak dengan kelulusan syarikat