Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(2)
Penyata pengumpukan hendaklah termasuk suatu pernyataan modal setakat tarikh pengumpukan itu dan hendaklah menyatakan—
(a)
bilangan dan amaun syer yang terkandung dalam pengumpukan itu;
(b)
amaun, jika ada, yang dibayar, yang disifatkan dibayar, atau yang menjadi genap masa dan kena dibayar atas pengumpukan setiap syer itu;
(c)
jika modal syarikat dibahagikan kepada syer daripada kelas yang berlainan, kelas syer yang setiap syer dalam pengumpukan itu tergolong; dan
(d)
nama penuh dan alamat setiap penerima umpukan dan bilangan serta kelas syer yang diumpukkan kepadanya.
(3)
Butir-butir yang disebut dalam perenggan (2)(d) tidak perlu dimasukkan dalam penyata pengumpukan suatu syarikat awam yang baginya subseksyen 68(7) terpakai yang telah menggumpukkan syer—
(a)
bagi wang tunai; atau
(b)
bagi suatu balasan selain wang tunai, jika bilangan orang yang kepadanya syer itu telah diumpukkan melebihi lima ratus orang.
(4)
Jika syer diumpukkan atau disifatkan telah diumpukkan sebagai berbayar penuh atau berbayar sebahagian selain dalam bentuk wang tunai dan pengumpukan itu dibuat di bawah suatu kontrak secara bertulis, syarikat itu hendaklah menyerah simpan bersama dengan penyata itu kontrak yang menyaksikan kelayakan pengumpuk atau salinan mana-mana kontrak itu yang diperakui mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Syarikat 119
(5)
Jika salinan terperaku suatu kontrak diserah simpan, salinan asal kontrak itu yang disetemkan sewajarnya hendaklah dikemukakan pada masa yang sama kepada Pendaftar jika diminta oleh Pendaftar.
(6)
Jika syer diumpukkan atau disifatkan telah diumpukkan sebagai berbayar penuh atau berbayar sebahagian selain dalam bentuk wang tunai dan pengumpukan itu dibuat—
(a)
di bawah suatu kontrak yang tidak diubah ke dalam bentuk bertulis;
(b)
di bawah perlembagaan;
(c)
bagi pembayaran dividen yang diisytiharkan memihak kepada, tetapi tidak kena dibayar dalam bentuk wang tunai kepada pemegang syer; atau
(d)
apabila penggunaan wang yang dipegang oleh syarikat dalam sesuatu akaun atau rizab dalam membayar syer tidak dikeluarkan yang baginya pemegang syer itu berhak, syarikat hendaklah menyerah simpan bersama dengan penyata itu suatu pernyataan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(7)
Jika syer diumpukkan di bawah suatu skim perkiraan yang diluluskan oleh Mahkamah di bawah seksyen 366, syarikat boleh menyerah simpan suatu salinan pejabat perintah Mahkamah itu sebagai ganti pernyataan yang disebut dalam subseksyen (6) mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar.
(8)
Apa-apa syer yang dikeluarkan kepada mana-mana orang tanpa pengumpukan rasmi bagi maksud pemerbadanan sesuatu syarikat hendaklah disifatkan telah diumpukkan pada tarikh syarikat itu diperbadankan.
(9)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Larangan am mengenai komisen, diskaun dan elaun