Malaysia legislation

Section 80

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 80

(a)

syer suatu kelab rekreasi tidak tersenarai yang ditawarkan kepada orang awam bagi langganan atau syer selain kelab rekreasi tidak tersenarai yang ditawarkan bagi langganan atau pembelian mengikut suatu prospektus yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau

(b)

syer yang tidak ditawarkan sedemikian di bawah perenggan (a).

(2)

Bayaran komisen hendaklah—

(a)

dibenarkan oleh perlembagaan syarikat; dan

(b)

tidak melebihi—

(i)

sepuluh peratus daripada harga syer yang dikeluarkan;

atau

(ii)

amaun atau kadar yang dibenarkan oleh perlembagaan, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

(3)

Kadar komisen yang disebut dalam perenggan (2)(b) dan bilangan syer yang seseorang bersetuju dengan suatu komisen untuk melanggan hendaklah dizahirkan—

(a)

dalam prospektus;

(b)

dalam pernyataan sebagai ganti prospektus;

(c)

dalam suatu pernyataan yang ditentukan oleh Pendaftar yang ditandatangani mengikut cara yang sama sebagaimana pernyataan sebagai ganti prospektus dan diserah simpan dengan Pendaftar; atau

(d)

dalam hal jika suatu surat pekeliling atau notis, yang bukan suatu prospektus, mempelawa langganan bagi syer dikeluarkan, dalam surat pekeliling atau notis itu.

122 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Seseorang pembekal kepada, penganjur bagi, atau orang lain yang menerima pembayaran dalam bentuk wang tunai atau syer daripada suatu syarikat boleh menggunakan mana-mana bahagian wang tunai atau syer yang diterima bagi membayar apa-apa komisen yang pembayaran itu jika dibuat secara terus oleh syarikat itu dibenarkan oleh seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, komisen termasuk brokeraj dan kadar yang disebut dalam perenggan (2)(b) tidak terpakai bagi brokeraj.

(6)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan bagi ketidakpatuhan di bawah perenggan (3)(c), didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Perbezaan antara panggilan dengan pembayaran, dsb.