Malaysia legislation

Section 81

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 81

Syarikat 121

(a)

membuat perkiraan mengenai pengeluaran syer bagi mengubah amaun dan masa pembayaran panggilan antara pemegang syer;

(b)

menerima daripada mana-mana pemegang syer keseluruhan atau sebahagian daripada amaun yang masih tidak berbayar atas mana-mana syer walaupun tiada bahagian amaun itu telah dipanggil; dan

(c)

membayar dividen mengikut kadar amaun yang dibayar atas setiap syer jika suatu amaun yang lebih besar dibayar atas beberapa syer daripada syer yang lain.

(2)

Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, menerima daripada mana-mana pemegang syer yang hendak mendahulukan pembayaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian wang yang tidak panggil dan tidak berbayar atas mana-mana syer yang dipegang oleh pemegang syer.

Syarikat 123

(3)

Apabila kesemua atau mana-mana bahagian wang yang didahulukan yang disebut dalam subseksyen (2) diterima oleh pengarah daripada pemegang syer menjadi kena dibayar, syarikat boleh membayar faedah atau pulangan mengikut kadar yang tidak melebihi lapan peratus setahun sebagaimana yang dipersetujui antara pengarah dengan pemegang syer untuk membayar jumlah wang itu sebagai pendahuluan, melainkan jika diarahkan selainnya oleh syarikat dalam mesyuarat agung.

Panggilan ke atas syer